RADIO NET W1S & CHAT ROOM

click da RadioNet W1S logo 2 enter our station radio & chat room


Media Player









Saturday, December 15, 2012

Program Amal Gaza-Palestin W1S









Assalamualaikum semua

sesungguhnya bersyukur kepadaNYA betapa sukar bagi kami untuk merealisasikan program yang bakal berlangsung 23hb December 2012 ini.

Pada mulanya misi jualan Tshirt berlangsung dengan feedback yg sederhana daripada rakan2 namun kami gagahi juga untuk meneruskan misi seterusnya ke langkah yg ke-2 iaitu rancangan untuk menjayakan program.

masa yg kian suntuk membuatkan kami sentiasa berdepan dengan pelbagai masalah antaranya berurusan dengan Majlis Perbandaran Sandakan , namun setelah hampir 3kali berulang alik selama 2 minggu berturut-turut akhirnya, kami mendapat kebenaran dan diberikan lot untuk membuat jualan bertempat di pasar minggu - jualan amal yg memerlukan kami membayar lot dengan harga RM100 hanya berniaga tidak sampai 12jam pun. Namun itu semua kami atasi dengan penuh kesabaran....apapun syukur padaNya,wlupun ada dugaan yg mendatang berkat kesabaran akhirnya membuahkan hasil. Terima kasih yg tidak terhingga saya ucapkan kepada setiausaha Warga 1 Sandakan iaitu Puan Intang Hatta yang begitu cool sekali menghadapi apapun jua situasi dan sentiasa cekal berurusan. well done !

Namun perjuangan belum lagi tamat, kami memerlukan permit polis utk acara program kerana ia melibatkan kutipan umum di samping persembahan awam. Di sini saya ingin merakamkan terima kasih saya kepada Presiden Persatuan Anak Seni Sabah (PEKA) iaitu Datu Hafiz yg byk memberi tunjuk ajar dan advise kpd saya cara-cara dan peraturan event sebegini. terima kasih byk-byk... :)

Namun, kami masih lagi dalam penantian dan hanya tinggal seminggu saja lagi event berlangsung namun saya yakin insya Allah jika nawaitu kita betul..pasti ada jalan penyelesaian....insya Allah...bertawakal saja pdNYA.

...................................................

Warga 1 Sandakan membawakan Program Amal Gaza-Palestin

>>>> dengan kerjasama <<<<

*Persatuan Kebajikan Anak Seni Sabah

* MeNu Crew Freestyle Community

*The 3rd Eye Crew Photograpy

*Jebat.Net menampilkan Saudara WanWaris

----dengan Sokongan Aman Palestin----

tarikh : 23hb December 2012

Masa : 7.00am - 1.00pm

Lokasi : Pasar Minggu , Sandakan



sertai dan temui kami dilokasi program bagi mengumpul dana misi kemanusian Gaza-Palestin melalui jualan amal, pameran gambar, acara photograpy, persembahan instumental (The Mines & Knight Band) serta persembahan silap mata (Unique Sandakan Magic Club)

....jumpa anda di sana....



Project Tshirt Amal Gaza-Palestin

Kami tergerak hati untuk membuat Program Amal di Sandakan dan memulai langkah itu, kami bercadang mebuat jualan amal antaranya Tshirt dengan setiap pembelian akan didermakan ke Tabung Aman Palestin.



Jika ada yg berminat ingin menempah Tshirt, boleh hubungi kami di talian 017-343 0016.



Artikel New Sabah Times

Majlis POtluck AidilAdha dan Kempen 1 Hari 1 Foto Warga 1 Sandakan mendapat liputan media - New Sabah Times terbitan 15hb November 2012.

Tahniah utk semua pemenang dan terima kasih juga diucapkan kepada rakan media iaitu saudara Rozzalin yang memberi ruang terhadap acara ini untuk tatapan umum.



Pemenang Kempen 1 Hari 1 Foto Warga 1 Sandakan 2012

Setelah Membuat Penilaian berdasarkan beberapa kriteria, akhirnya semua juri iaitu Admin Warga 1 Sandakan dengan ini sebulat suara membuat keputusan seperti di bawah:-

1) Gambar Terbaik - Karya Ridzuan Ibrahim

2) Gambar LIKE Terbanyak - Karya Ajslih Ibrahim

3) 4 Gambar Pilihan Juri

a. Karya Mohamad Shaharudin Nuar

b. Karya Siti Radiah Mohamad

c. Karya Abdul Hafiz Taha

d. Karya Mohd Khairul Bin Awang Amit

TAHNIAH kami ucapkan !











Sumbangan ke Masjid Al-Furqan Sim-Sim

Pada Majlis Potluck 27hb Oct 2012 itu juga, sambil bersantai bersama rakan2 menjamu selera sempena hari raya AidilAdha, kami juga telah mengutip derma untuk disalurkan ke Masjid Al-Furqan Sim-Sim.

Syukur Alhamdulillah kami dapat mengumpulkan sebanyak RM255.00 dan juga beberapa sumbangan makanan dan pakaian pada hari tersebut. Serahan di buat dengan wakil daripada Warga 1 Sandakan iaitu saudara Marwan membuat serahan kepada AJK Masjid pada sekitar pukul 1.00 tengahari.

Terima kasih kepada semua yg menghulur sumbangan dan mudah-mudahan dimurahkan lagi rezeki untuk kalian....Aaminnn



Potluck Hari Raya Aidil Adha 2012



Tarikh: 27hb October 2012

Tempat: Pasir Putih Sandakan

Masa : 9.00 pagi - 12.00 Tengahari

Setinggi-tinggi terima kasih kepada semua rakan2 yg menjayakan Majlis Potluck Santai berhari raya AidilAdha bersama W1S. Majlis ini juga merupakan hari Keputusan dna sekaligus Hari Penyampaian Hadiah untuk Pemenang Kempen 1 Hari 1 Foto 2012 Warga 1 Sandakan





Terima kasih semua

Kami fenatikkk Shama Khamoo

136 Karya 1 Hari 1 Foto

Sepanjang Kempen 1 Hari 1 Foto sebanyak 136 karya yang layak untuk diadili. Karya-karya ini di adili oleh semua barisan admin Warga 1 Sandakan dan seorang Pengkarya Bebas sebagai juri jemputan.

Terdapat beberapa kriteria yang dititikberatkan semasa penjurian antaranya adalah:-

1. Keaslian karya

2. Idea

3. Penyampaian

4. Faktor lain (komitment terhadap komunity) juga diambil kira.























































Kempen 1 Hari 1 Foto

Kempen 1 Hari 1 Foto merupakan kempen sepanjang tahun 2012 di wall Warga 1 Sandakan dimana kempen berkenaan merupakan perkongsian gambar daripada semua ahli di dalam komunity.

bermula seawal February 2012 sehingga October banyak gambar yang dikongsikan saban hari dan ia semakin mengujakan apabila rakan2 berlumba-lumba untuk memaparkan hasil karya masing-masing.

Daripada itu, akhirnya semua Admin Warga 1 Sandakan sebulat suara untuk mengadakan acara kemuncak kempen 1H1F berkenaan dengan memberikan sedikit ganjaran kepada karya yg terpilih.

Dengan syarat gambar haruslah

1. di post ke ruangan wall Group Warga 1 Sandakan

2. Emel karya asal ke warga1sandakan@gmail.com

sehingga tarikh tutup kempen 1H1F akhirnya berjaya mengumpul sebanyak 136karya

kemuncak kempen 1H1F adalah pada 27hb October 2012.

Tuesday, July 26, 2011

Menjelang Gathering / 1st Anniversary

Sebelum bermulanya majlis..kami bawakan anda beberapa pica di belakang tabir....sweet moment in time ~









~ Pass ID utk semua peserta ~


~ Brooch - sponser by Pyan Habebe Hyqal ~


~ Barisan Hamper utk hadiah Cabutan Bertuah ~



~ Tabung Derma utk Masjid Jamek ~