RADIO NET W1S & CHAT ROOM

click da RadioNet W1S logo 2 enter our station radio & chat room


Media Player









Saturday, December 15, 2012

Program Amal Gaza-Palestin W1S









Assalamualaikum semua

sesungguhnya bersyukur kepadaNYA betapa sukar bagi kami untuk merealisasikan program yang bakal berlangsung 23hb December 2012 ini.

Pada mulanya misi jualan Tshirt berlangsung dengan feedback yg sederhana daripada rakan2 namun kami gagahi juga untuk meneruskan misi seterusnya ke langkah yg ke-2 iaitu rancangan untuk menjayakan program.

masa yg kian suntuk membuatkan kami sentiasa berdepan dengan pelbagai masalah antaranya berurusan dengan Majlis Perbandaran Sandakan , namun setelah hampir 3kali berulang alik selama 2 minggu berturut-turut akhirnya, kami mendapat kebenaran dan diberikan lot untuk membuat jualan bertempat di pasar minggu - jualan amal yg memerlukan kami membayar lot dengan harga RM100 hanya berniaga tidak sampai 12jam pun. Namun itu semua kami atasi dengan penuh kesabaran....apapun syukur padaNya,wlupun ada dugaan yg mendatang berkat kesabaran akhirnya membuahkan hasil. Terima kasih yg tidak terhingga saya ucapkan kepada setiausaha Warga 1 Sandakan iaitu Puan Intang Hatta yang begitu cool sekali menghadapi apapun jua situasi dan sentiasa cekal berurusan. well done !

Namun perjuangan belum lagi tamat, kami memerlukan permit polis utk acara program kerana ia melibatkan kutipan umum di samping persembahan awam. Di sini saya ingin merakamkan terima kasih saya kepada Presiden Persatuan Anak Seni Sabah (PEKA) iaitu Datu Hafiz yg byk memberi tunjuk ajar dan advise kpd saya cara-cara dan peraturan event sebegini. terima kasih byk-byk... :)

Namun, kami masih lagi dalam penantian dan hanya tinggal seminggu saja lagi event berlangsung namun saya yakin insya Allah jika nawaitu kita betul..pasti ada jalan penyelesaian....insya Allah...bertawakal saja pdNYA.

...................................................

Warga 1 Sandakan membawakan Program Amal Gaza-Palestin

>>>> dengan kerjasama <<<<

*Persatuan Kebajikan Anak Seni Sabah

* MeNu Crew Freestyle Community

*The 3rd Eye Crew Photograpy

*Jebat.Net menampilkan Saudara WanWaris

----dengan Sokongan Aman Palestin----

tarikh : 23hb December 2012

Masa : 7.00am - 1.00pm

Lokasi : Pasar Minggu , Sandakan



sertai dan temui kami dilokasi program bagi mengumpul dana misi kemanusian Gaza-Palestin melalui jualan amal, pameran gambar, acara photograpy, persembahan instumental (The Mines & Knight Band) serta persembahan silap mata (Unique Sandakan Magic Club)

....jumpa anda di sana....



No comments:

Post a Comment